Nadir Al-Nuri

  1. home
  2. Author
  3. Nadir Al-Nuri
Nadir Al-Nuri

3 Published BooksNadir Al-Nuri

Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman, atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, ialah seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin. Beliau merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Cinta Gaza Malaysia). Pada tahun 2021, beliau turut menjadi pengasas bersama pertubuhan MyAqsa Defenders. Beliau juga merupakan kolumnis bagi Harian Metro.

Nadir memiliki ijazah sarjana muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum menyambung pengajiannya untuk ijazah kedua di Universiti Islam Gaza dalam bidang Syariah.

Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori Nadir giat meneruskan perjuangan dengan mengumpul dana bagi membina semula kawasan di Genting Gaza. Pada tahun 2016, Cinta Gaza Malaysia giat mengumpul dana melalui dua projek untuk masyarakat di kawasan Sha'af dan Shijaiyyah di Gaza Tengah. Projek pertama ialah 'Aid For Education' (Bantuan Pendidikan) untuk Darul Arqam Sha'af dan Darul Arqam Mahattoh yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, dan Madrasah Tuffah dan Madrasah Dalal Al-Moghrabi yang dimiliki pemerintah Palestin. Projek kedua pula ialah 'Aid For Winter' (Bantuan Musim Sejuk) yang meliputi bantuan musim sejuk di Gaza dan Khan Yunis.

Nadir telah dipilih sebagai Duta Muhibah bagi Sekretariat Aid4Palestine, sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan Malaysia menerusi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bagi menyelaras bantuan daripada badan bukan kerajaan di Malaysia ke Palestin, pascaserangan awal ke atas Palestin dalam krisis Israel-Palestin 2021. Selain beliau, Abu Ayesh An-Najjar, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Gaza turut dilantik.

Nadir mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang Palestin yang mempunyai lima orang anak, Reem Al-Minawi pada Mei 2016.

YouTube: www.youtube.com/@nadir_alnuri
Facebook: facebook.com/nadirtakkoyak
Instagram: instagram.com/nadiralnuri
Telegram: t.me/nadiralnuri