Ingin Jadi Nasrallah
Jarang dia menulis puisi. Justeru khalayak sastera terlepas pandang kebolehan Faisal dari sisi genre sastera ini. Namun andai ada waktu senggang tika...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Jarang dia menulis puisi. Justeru khalayak sastera terlepas pandang kebolehan Faisal dari sisi genre sastera ini. Namun andai ada waktu senggang tika tercuit rasa apabila berlaku peristiwa atau kala mengembara, puisilah yang cepat mengalir dalam nota-nota catatan tanggapan dan perjalanannya. Tanpa sedar, walau sudah lima belas tahun beliau menggeluti dunia sastera yang mencabar ini, belum ada sebuah pun kumpulan puisi yang menemui khalayak.
Puisi-puisi Faisal, walau kadang peribadi sifatnya, tidakkan mungkin kita merasa tersisih kerana manusia, perkara dan peristiwa yang diceritakan dekat dan jelas di sekitar kita. Puisi beliau pernah meraih perhatian massa seperti Mengintai di Celah Jendela, Tragedi Halijah, Sepatu Tragedi dan Datang, Aku Datang. Puisi cerita merupakan kekuatan Faisal. Acap kali beliau membawa kesan syahdu haru, duka pilu, ria setia, semangat luar biasa dan aneh benar dalam puisinya. Sejak akhir-akhir ini, puisi beliau penuh sindiran. Entah untuk siapa. Mungkin ada yang mahu menerka.
Ada beberapa puisi yang bakal mengundang tanda tanya, ada yang amat mudah, padat mahupun yang jimat kata-kata; malah ada yang menggugah rasa.
Puisi Faisal bukan bentuk semata, tetapi lebih bersandarkan makna. Membaca puisi dalam kumpulan ini seakan dibawa berlayar dalam satu bahtera, menyusuri lautan wacana yang penuh advencer dalam penitian usia penulisnya. Sebuah karya yang jarang-jarang ada, kumpulan puisi Faisal Tehrani- Ingin Jadi Nasrallah.
(dari kulit buku Ingin Jadi Nasrallah)
- Format:Paperback
- Pages:80 pages
- Publication:2010
- Publisher:Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:9833991602
- ISBN13:9789833991600
- kindle Asin:9833991602









