Kau Yang Kutunggu
Ditinggalkan di hari akad nikah tidak membuatkan Alna tersungkur. Dia tetap teruskan hidup. Sahid itu diketuk dengan mangkuk sebelum dihalau....
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Ditinggalkan di hari akad nikah tidak membuatkan Alna tersungkur. Dia tetap teruskan hidup. Sahid itu diketuk dengan mangkuk sebelum dihalau. Sudahnya, dia hanya hidup bertemankan abahnya, En. Ammar.
Kemunculan Rayyaz pula buat Alna bikin panas hati. Mulut Rayyaz macam cili hantu. Sesedap saja mulutnya menyembur. Puncanya satu, Alna tidak menutup auratnya!
"Orang-orang yang pakai macam awaklah yang menambah dosa kami. Kami semua tak buta." -Rayyaz
"Kalau macam itu, butakanlah mata sendiri." -Alna
Muncul pula idea gila Alna nak jodohkan ayahnya yang duda itu dengan seorang. Tapi, En. Ammar bagi syarat pula, kalau nak dia kahwin, Alna juga kena kahwin. Sudahnya pelan nak kahwinkan abahnya tergantung di situ kerana Alna memang tak ada calon.
"Maknanya, awak kosonglah sekarang? Kosong tambah kosong samalah dengan dua." -Rayyaz
"Huh, matematik pun kira tak betul. Macam mana awak urus syarikat itu?" -Alna
Tak ingin Alna Rashada nak suamikan Rayyaz yang digelar mawas hanya kerana mahu abahnya berkahwin. Tapi kalau dah jodoh tu, takkan ke mana. Elaklah macam mana pun, akhirnya dalam belanga bertemu jua.
- Format:Paperback
- Pages:565 pages
- Publication:2018
- Publisher:Dear Novels
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:9672116373
- ISBN13:9789672116370
- kindle Asin:9672116373









