Dendam Putera Melaut

  1. home
  2. Books
  3. Dendam Putera Melaut

Dendam Putera Melaut

4.60 20 10
Share:

“Yahya, kau mengingatkan aku kepada versi muda Sir Cecil Rhodes. Kau sudah matang dan mula faham hakikat dunia ini!” - Sir Douglas Shipway Dendam...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

“Yahya, kau mengingatkan aku kepada versi muda Sir Cecil Rhodes. Kau sudah matang dan mula faham hakikat dunia ini!”

- Sir Douglas Shipway

Dendam Putera Melaut merupakan sebuah novel sejarah alternatif. Karya unik dan mencabar minda ini membawa kita kembali ke masa silam. Menyorot kisah perang dunia pertama dan kedua melalui naratif baharu dan segar.

Persahabatan, politik, Freemason, dendam keluarga, dan cinta seorang lelaki yang mengejar cita-cita. Novel Nami Cob Nobbler ini ditulis dengan penuh ketelitian dan kreativiti.

Di tanah Gelanggayu yang digoncang perang dan pengkhianatan, tiga lelaki berdiri di persimpangan sejarah. Masing-masing membawa tafsiran berbeza tentang kuasa, kesetiaan, dan kemerdekaan.

Ikuti kisah Tunku Mamat, kanak-kanak dengan kebijaksanaan yang luar biasa, Yahya yang mabukkan kuasa, dan Iskandar yang jiwanya meraungkan kebebasan.

Perjuangan kemerdekaan tidak mudah. Gelanggayu menjadi saksi hidup segala khianat, darah, dan air mata sebuah bangsa yang mahu menentukan takdirnya sendiri.

  • Format:Paperback
  • Pages:408 pages
  • Publication:2026
  • Publisher:Mahakarya
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:6297870225
  • ISBN13:9786297870229
  • kindle Asin:6297870225

About Author

Nami Cob Nobbler

Nami Cob Nobbler

3.52 3206 619
View All Books