Ex, Gosip dan Jodoh

  1. home
  2. Books
  3. Ex, Gosip dan Jodoh

Ex, Gosip dan Jodoh

3.73 11 3
Share:

Kehidupan Tisha sangat lancar. Dia memilih perkahwinan untuk melancarkan lagi kehidupannya. Kerana tiada kekasih, dia menerima calon pilihan Nek...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Kehidupan Tisha sangat lancar. Dia memilih perkahwinan untuk melancarkan lagi kehidupannya. Kerana tiada kekasih, dia menerima calon pilihan Nek Farah.
Zirhad Aqlan tidak menolak perjodohan mereka. Beruntunglah dia kerana menjadi pilihan utama di antara anak-anak gadis kampung.

Itu cerita tiga tahun lalu.

Perpisahan mereka menjadi gosip terhangat di kampung. Tisha memilih untuk tutup buku, lupakan apa yang terjadi dan teruskan hidup.

Kerana adiknya berkahwin dan mengikut suami, Tisha putuskan berpindah ke kampung untuk menjaga Nek Farah dan emanya. Nek Farah tu kawan rapat Atuk Qus. Atuk Qus, atuk kepada Zirhad. Mujur perpisahan mereka tidak menghancurkan hubungan persahabatan itu. Walaupun sempatlah dua orang tu berperang dingin.

Siapa sangka, ternyata Zirhad sudah kembali ke kampung setahun lalu.
Bila mereka di kampung yang sama, gosip terhangat kembali lagi. Apatah lagi, Mak Cik Wa, tukang gosip kampung kempunan mahu berbesan dengan keluarga Atuk Qus. Fatini, pekerja Zirhad pun ada ura-ura dikatakan akan menjadi peganti
Tisha? Dia tak peduli langsung. Siapa nak ambil Zirhad, silakan. Rasalah sendiri bagaimana hidup dengan lelaki berpewatakan batu.
Namun...
Tisha tersalah langkah dan Zirhad biarkan saja. Peristiwa itu membuatkan mereka berada di titik kehidupan yang sama sekali lagi.

"Jauhkan diri awak sebelum saya cakap sesuatu yang menyakitkan hati awak." - Tisha

"Cubalah sakitkan hati saya." - Zirhad

"Bertanggungjawablah, pengecut." - Tisha

Agaknya, apa yang terjadi tiga tahun lalu?

  • Format:ebook
  • Pages:583 pages
  • Publication:2025
  • Publisher:Ieya Sya
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:

About Author

Ieya Sya

Ieya Sya

4.25 1396 456
View All Books