Suka Buku, Suka Kamu

  1. home
  2. Books
  3. Suka Buku, Suka Kamu

Suka Buku, Suka Kamu

4.17 48 20
Share:

Sewaktu Nur Ayra bersetuju untuk menjaga anak saudaranya sepanjang kakak dan abang iparnya menunaikan haji, dia langsung tidak menyangka perkara itu...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Sewaktu Nur Ayra bersetuju untuk menjaga anak saudaranya sepanjang kakak dan abang iparnya menunaikan haji, dia langsung tidak menyangka perkara itu bakal mengubah hidupnya.

Kalau bukan kerana Nur Imanina dan plastisin, mungkin hidup Ayra di kampung itu tenang sahaja tanpa perlu melalui insiden yang memalukan di Kedai Runcit Pak Mat!

“Jangan risau. Saya takkan bagi tahu Sir Hero tu awak dah kutuk dia. Because you just did it yourself.” – Ahmad Khairul

Pertemuan pertama Ayra dengan guru Sains itu mungkin memalukan tapi... siapa kesah? Mereka punya minat yang sama kut!

“Is that a book?” – Nur Ayra

Daripada sekadar berkongsi minat akhirnya masing masing berkongsi rasa. Cuma... hidup sentiasa ada cara tersendiri untuk memberi kejutan.

“Keluarga awak lebih perlukan awak, Ayra. Imani lebih perlukan awak.” – Ahmad Khairul

Antara rasa dan tanggungjawab, yang mana harus Ayra dan Khairul utamakan? Dan apabila mereka tidak lagi berada pada halaman yang sama, mungkinkah ada lagi peluang untuk mereka apabila bertemu pada bab kehidupan yang seterusnya?

Cinta itu luar biasa apabila mereka tak saling berjumpa, tak saling memiliki, tapi masih saling mendoakan.

***

Suka Buku Suka Kamu, kisah tentang kehilangan dan pengorbanan yang ditulis dengan rasa
yang mendamaikan. Moga pembaca juga dapat merasainya. – Habib, Editor

  • Format:Paperback
  • Pages:437 pages
  • Publication:2025
  • Publisher:Manes Wordworks
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:6299519584
  • ISBN13:9786299519584
  • kindle Asin:6299519584

About Author

Aileen Fariha

Aileen Fariha

4.20 51 22
View All Books