Lelaki Paling Dia Benci

  1. home
  2. Books
  3. Lelaki Paling Dia Benci

Lelaki Paling Dia Benci

4.20 5 2
Share:

Dalam sekelip mata, bahagia milik Tihani diragut pergi. Dia hilang kasih sayang. Dia hilang keluarga. Dia hilang tempat tinggal. Malah dia hilang...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Dalam sekelip mata, bahagia milik Tihani diragut pergi. Dia hilang kasih sayang. Dia hilang keluarga. Dia hilang tempat tinggal. Malah dia hilang segala-galanya.

Tinggal di rumah anak yatim, hidupnya jadi tak mudah. Sedih kehilangan belum reda, jadi pula mangsa buli. Lalu dia berfikir, untuk apa bertahan hidup sedangkan dia hanya sendiri?

Pun begitu seiring masa, dia bangkit. Tekadnya satu, lelaki paling dia benci itu harus mati di tangannya.

“Kalau selama ni Nuh kebal dengan undang-undang hanya sebab keluarga dia kaya-raya, berpangkat, bergelar. Kali ni biarlah aku buat undang-undang aku sendiri.” – TIHANI

Namun yang Tihani tak tahu, Nuh di tanah UK tak pernah tenang walau sedetik. Beban bersalah yang digalas, begitu berat. Nyawa yang hilang tak mungkin mampu dicari galang gantinya.

Saat pertama kali bertemu selepas 15 tahun masa berlalu, pisau yang Tihani hunus tanda perkenalan. Tapi kerana Nuh jauh lebih tangkas, Tihani tewas mudah. Lalu rumahnya, jadi tempat kurungan Tihani.

“Kau potong aku sebesar dadu pun aku tak akan jadi isteri kau.” – TIHANI

“Kalau kau tak kahwin dengan aku, mungkin kau tak akan ada kesempatan untuk bunuh aku lagi lepas ni. Kau yakin kau tak akan menyesal?” – NUH

Terdesak menjadikan mimpinya realiti, Tihani akur walau tawaran Nuh bersyarat berat. Tak apa! Demi nyawa Nuh, terkorban pun dia rela. Sedangkan bagi Nuh, menjadi korban Tihani juga dia sanggup asalkan harta Tengku Jaafar kekal dalam genggamannya.

Malangnya, segala-galanya jadi lebih payah bila ramai berimpian merebut kedudukan Nuh. Lalu, sasaran utama mereka semestinya Tihani kerana tanpa Tihani, Nuh bukan siapa-siapa lagi.

Lantas Tihani, mampukah bertahan kerana dalam membenci, dia sebenarnya dibenci ramai? Nuh sendiri, relakah diam bila yang dipertaruhkan, nyawa Tihani? Dan hakikatnya, bila dendam dan ketamakan mendominasi diri, rasa cinta dan sayang hilang nilainya.

  • Format:ebook
  • Pages:423 pages
  • Publication:2025
  • Publisher:Aleya Aneesa
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DVFGSPG5

About Author

Aleya Aneesa

Aleya Aneesa

3.89 1821 230
View All Books