Desperate Cinta
Perkahwinan di antara Iskandar dengan sahabat baiknya telah membuatkan Elisa sangat kecewa. Namun, dia tetap tekad untuk mendapatkan Iskandar...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Perkahwinan di antara Iskandar dengan sahabat baiknya telah membuatkan Elisa sangat kecewa. Namun, dia tetap tekad untuk mendapatkan Iskandar meskipun terpaksa menggunakan cara kotor.
Kemunculan Irman Nadeem setela lam menghilang telah menghuru-harakan hidup Elisa. Setiap rancangannya pasti akan gagal kerana ulah lelaki itu.
"I tak perlukan kelayakan daripada you untuk berkahwin dengan Abang Is." - Elisa
"You tu cuma perempuan yang tak ada maruah." Irman.
Malangnya, perangkap Elisa telah memakan diri sendiri. Dia terjerat masuk dan terpaksa berkahwin dengan Irman.
"Sanggup pula you nak kahwin dengan perempuan tak ada maruah macam I ni." - Elisa
"Sanggup atau tidak, I perlu bersihkan nama keluarga kita." - Irman,
"I tak setuju dan tak akan pernah setuju."-Elisa
"You tak ada pilihan, Lisa." -Irman.
Selepas berkahwin, mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Sehinggalah kemunculan Airina Jasmine yang telah membuatkan Elisa memilih untuk melindungi 'haknya'.
"Walaupun perkahwinan kita ni bukan atas dasar cinta, I tetap takkan lepaskan you." - Elisa
"Sekarang you tak nak bercerai sebab you tak sukakan Rina?"
Sikap Elisa yang selalu tidak tetap pendirian dan Airina yang masih mahu menagih cintanya, membuatkan Irman terus berada dalam dilema.
Mampukah Elisa menemui kebahagian bersama Irman? Atau, benarkah kebahagian tak semestinya memiliki?
- Format:Paperback
- Pages:415 pages
- Publication:2024
- Publisher:Kaseh Aries
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:6297509301
- ISBN13:9786297509303
- kindle Asin:6297509301









