Badass Wife Ungku Jabbar

  1. home
  2. Books
  3. Badass Wife Ungku Jabbar

Badass Wife Ungku Jabbar

4.30 78 16
Share:

Ungku JabbarSejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup korbankan segalanya. Dia perlu pastikan adik kesayangannya...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Ungku Jabbar
Sejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup korbankan segalanya. Dia perlu pastikan adik kesayangannya tidak berasa kurangnya kasih sayang tanpa dibesarkan oleh mama dan papa.

​Namun kemunculan seorang gadis di sisi Jiyad, buat Jabbar tak senang hati. Dia tahu gadis itu berniat jahat terhadap si adik.

​“Perempuan tu tak sekufu dengan kita. Dia tak layak. Kalau sekadar untuk suka-suka dan isi kekosongan masa Jiyad, along benarkan kamu berdua berkawan.”- Ungku Jabbar

​Itu kata muktamad Jabbar. Dia yakin dengan arahan itu Jiyad tak akan membantah. Tapi lain pula yang berlaku setelah Jiyad betul-betul tinggalkan gadis itu. Munculnya gadis itu buat hidup Jabbar menjadi huru hara.

​“Cukup Ungku tahu kami berdua dah terlanjur. Dan saya nak keluarga Ungku bertanggungjawab.”-Nilam

​“Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Dan kau tak boleh pergi melainkan aku yang halau kau pergi!”- Ungku Jabbar.

​Bergelar suami kepada Nilam tidak semudah yang dijangka. Wanita itu kuat melawan dan sering mencabar kesabarannya. Setiap kali dia mahu mengenakan si isteri, dia pula yang terkena.

​“Aku nak kau tukar baju ni.”- Ungku Jabbar

​“Tak naklah. Saya suka baju ni. Cantik. Manalah tahu malam ni saya dapat jerung yang lebih besar dari Ungku.”-Nilam

​Walaupun hampir setiap hari bergaduh, hati masing-masing sudah mula terusik. Sehinggalah Jabbar hampir rebah ke bumi saat menerima kenyataan sebenar. Munculnya Jiyad kembali menambahkan masalah dalam rumah tangga mereka.

​“Saya akan minta along lepaskan awak. Kita kahwin.”- Ungku Jiyad

​“Aku tak bodoh nak lepaskan jerung besar berbanding diri kau yang tak ada apa-apa.”- Nilam

​Jiyad terus mendesak untuk bersama kembali. Mana mungkin dia akur sedangkan hatinya sudah berubah sejak bergelar isteri Jabbar. Saat sekali lagi dia dihidangkan dengan pengkhianatan seseorang, Nilam tak mampu lagi hidup di sisi Jabbar.

​“Tolong, Ungku. Saya merayu. Tolong biarkan saya pergi.”- Nilam

​“Baik. I izinkan you pergi dari rumah ni. Tapi itu tak bermakna I lepaskan you.”- Jabbar

  • Format:ebook
  • Pages:450 pages
  • Publication:2023
  • Publisher:Hash Novels Publication
  • Edition:
  • Language:
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DM4DQ9HH

About Author

Mia Azwari

Mia Azwari

4.16 2783 522
View All Books