Majlis Kahwin Paksa

  1. home
  2. Books
  3. Majlis Kahwin Paksa

Majlis Kahwin Paksa

4.39 62 8
Share:

Kahwin paksa, klise kan? Tapi tak mustahil pun berlaku pada zaman sekarang kerana jodoh hadir dalam pelbagai bentuk. Wawa dan Faleeq, berkahwin atas...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Kahwin paksa, klise kan? Tapi tak mustahil pun berlaku pada zaman sekarang kerana jodoh hadir dalam pelbagai bentuk. Wawa dan Faleeq, berkahwin atas dasar persahabatan orang tua mereka dan merasakan pilihan mereka adalah yang terbaik.

Mereka setuju, tapi bersyarat. Dan syarat itu dipersetujui kerana inginkan sesuatu dan apabila tercapai, mereka akan membubarkan perkahwinan ini. Salah satu sebabnya juga kerana mencintai orang lain.

"Kalau dia main-main dengan perkahwinan ni, aku pun boleh main-main. Kita tengok, game siapa yang akan over!"-Wawa.

" Perkahwinan ini tak boleh ada harapan dan kasih sayang. Kalau boleh benci aku, bencilah. Itu lagi baik kerana hati kau takkan luka kemudian hari. Kerana satu saat nanti, kalau ada perasaan sayang dan cinta, ia takkan terasa indah tapi menyesalkan." -Faleeq

"Oh ya? Aku memang takkan luka dan sedih. Tapi, aku akan buat kau menyesal, kerana melepaskan hati aku hari ini." Wawa

Adakah kahwin paksa mereka berakhir klise seperti kisah-kisah yang lain? Mampukah mereka mengemudi bahtera yang bocor di sana sini? Siapa yang akan berusaha menampalnya untuk terus belayar di lautan yang luas?

"Anak ni, hanya untuk memenuhi impian kita bersama. Bukan untuk mengikat hati dan perasaan kita. Lagipun, anak kita bukan orang pertama yang bakal membesar dalam keluarga yang berantakan. Ramai lagi senasib dengannya. Elok je, jadi manusia." - Faleeq.

"Tak kisah pun. Saya cuma nak anak jer. Bukan bapaknya. Anak akan terikat dengan saya sampai mati tapi bapaknya, betina mana nak ambik, ambiklah. Pergilah mana nak pergi. Pergi mampus pun tak ada masalah."- Wawa

Mudahnya Faleeq berkata-kata, adakah sama mudahnya situasi yang bakal dilalui? Memiliki isteri yang tidak suka meratapi nasib dan sentiasa positif dalam kehidupannya, mampukah Faleeq menepis rasa kagum?

  • Format:ebook
  • Pages:448 pages
  • Publication:2023
  • Publisher:Mia Kiff Enterprise
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:
  • ISBN13:
  • kindle Asin:B0DM4T5VPG

About Author

Mia Kiff

Mia Kiff

3.87 2038 234
View All Books