PECAH

  1. home
  2. Books
  3. PECAH

PECAH

4.17 1071 149
Share:

Pecah'Bank CIMB Shah Alam' simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Pecah
'Bank CIMB Shah Alam' simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

'Rumah Seri Memori' simpan warga emas. Bakar -- sang penghuni dimamah dosa –- tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya -– sang jururawat -– dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

'Hospital Tengku Ampuan Rahimah' simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.


____________________
Novelis : Khairulnizam Bakeri
Khairulnizam Bakeri dilahirkan di Kelantan. Kini kerap ulang-alik Machang – Shah Alam. Untuk apa? Cari hidup dalam dunia, cari dunia dalam hidup. Aktif dalam bidang pengucapan awam, khususnya debat. Pemilik blog Salah Taip (salahtaip.blogspot.com) dan pengicau acap di alam 140 aksara, Twitter (@nizambakeri). Percaya bahawa bahasa bukan untuk dilacur, bahkan untuk dilabur dan dilakur, agar jadi milik semua. Ya, termasuk kamu.



Fotografi : Danny Lim
Model : Dewa
Perunding : Azwan Ismail & Richard Wong

Cetakan Pertama : Mei 2011
Cetakan Kedua : Februari 2012

  • Format:Paperback
  • Pages:335 pages
  • Publication:2011
  • Publisher:Buku Fixi (002016254-V)
  • Edition:1
  • Language:msa
  • ISBN10:9671038417
  • ISBN13:9789671038413
  • kindle Asin:9671038417

About Author

Khairulnizam Bakeri

Khairulnizam Bakeri

3.97 2480 351
View All Books